Thursday, March 10, 2011

Tahap Keselamatan Dalaman dan Luaran RBW


Aspek yang amat penting perlu difikirkan oleh pemilik RBW. Ia akan menjadi lebih kritikal apabila RBW telah mempunyai sarang burung atau telah mengeluarkan hasil.

Pencuri-pencuri ini terdiri dari pelbagai kategori dari samseng, penagih dadah hingga kepada penyamun sarang burung yang profesional. Mereka ini memang dapat membezakan samada RBW ini telah mempunyai hasil.

Oleh itu adalah sangat elok jika sistem keselamatan yang canggih dipasang di dalam RBW sebelum beroperasi. Ini kerana jika sistem keselamatan dipasang setelah burung walet menginap dalam RBW ia dikhuatiri akan menganggu burung walet terutamanya semasa proses pemasangan dijalankan dan ini boleh menjejaskan prestasi RBW.

Sistem keselamatan yang baik bagi sesebuah RBW mestilah mempunyai peralatan berikut :

1. 4 infra red CCTV tahan cuaca - boleh dipasang di pintu masuk RBW, dalam bangunan RBW dan luar bangunan RBW.

2. Pengesan pergerakan (motion detect/sensor) boleh diset pada DVR CCTV dan diaktifkan pada kamera di pintu masuk dan dalam bangunan RBW.

3. Sistem CCTV ini juga perlu mempunyai sistem pemberitahu penceroboh dimana ia akan menghantar SMS, MMS atau panggilan telefon kepada pemilik RBW jika berlaku sebarang pencerobohan dalam RBW.


Peralatan asas CCTV


1. Kamera IR yang berupaya beroperasi dalam keadaan gelap sepenuhnya serta tahan cuaca.
2. DVR sekurang-kurangnya boleh merekod selama 4 minggu.
3. Komputer skrin LCD 16 " ke 21"
4. Sambungan Internet Streamyx untuk tengok live dari  ruang tamu rumah kita (akan dibincang lanjut dalam post entry saya akan datang)


No comments:

Post a Comment