Tuesday, March 8, 2011

Agensi Kerajaan Malaysia Yang Terlibat Dalam Kelulusan RBW

Pembinaan RBW perlu mendapat kelulusan dari pihak berkuasa untuk memastikan setiap pembangunan yang dijalankan mengikut syarat-syarat dan garis panduan terkini yang telah ditetapkan. Kelestarian pembangunan adalah amat penting dalam kehidupan masyarakat. Jadi untuk menjamin bangunan RBW kita diterima sebagai satu pembangunan yang sah disisi undang-undang maka perlulah kita mengetahui dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Bakal pemilik RBW  perlu melantik Arkitek/Perancang yang bertauliah untuk menyediakan Laporan Cadangan Pemajuan (LCP). 

LCP yang telah siap ini akan dihantar kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk pemprosesan kelulusan. PBT merupakan Majlis Daerah, Majlis Perbandaran, Majlis Bandaraya dan Dewan Bandaraya berbeza mengikut tempat.

PBT akan mengedarkan LCP kepada agensi-agensi berikut :

1. Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD)
2. Jabatan Kerja Raya  (JKR)
3. Jabatan Parit dan Saliran (JPS)
4. Jabatan Mineral dan Geosains (JMG)
5. Jabatan Alam Sekitar (JAS)
6. Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV)
7. Jabatan Perhilitan
8. Syarikat Bekalan Air Negeri
9. Pejabat Tanah dan Daerah
10. Indah Water Konsortium (IWK)
11. Tenaga Nasional Berhad (TNB)
12. Telekom Malaysia (TM)


Sebarang keputusan kelulusan RBW akan diperolehi dalam masa 3 bulan dari tarikh penghantaran LCP kepada PBT.

Pada entry akan datang saya akan membincangkan standard syarat-syarat kelulusan dan peraturan yang akan dikenakan kepada pemilik RBW oleh setiap agensi terbabit diatas.


No comments:

Post a Comment