Sunday, April 3, 2011

Sarang Burung Walet Makanan Si Lipas

Agak sibuk kebelakangan ini dengan RBW, kerja-kerja pengurusan dan penyelenggaraan. Almaklumlah kedudukan RBW agak jauh dari rumah, jadi banyak perkara yang perlu diselesaikan. Banyak dah selesai ada sikit-sikit perlu disiapkan.

Kali ini saya akan bincangkan berkenaan serangga perosak RBW iaitu lipas. Kehadiran serangga ini dalam RBW akan merugikan kita. Lipas akan memakan sarang yang dibuat walet. Jika walet mengesan lipas di kawasan penginapan ia akan memblacklist RBW kita.Beberapa  cara lipas yang hidup dalam RBW menganggu burung walet iaitu :

1. Lipas akan memakan sarang yang menyebabkan sarang walet rosak dan menjadi kualiti rendah.

2. Lipas mengeluarkan bau busuk yang boleh mengugat ketenteraman burung walet.

3. Lipas meninggalkan kotoran pada papan pembiakan dan sarang burumg walet yang membuatkan burung walet tidak selesa tinggal di dalam sarang.

Penggunaan bahan pencegah serangga perlu digunakan secara berhati-hati agar tidak mematikan anak dan burung walet. Jika bau bahan ini terlalu menyengat juga boleh menyebabkan burung walet tidak selesa dan seterusnya meninggalkan RBW kita.

Saya telah memasang perangkap lipas non toksik untuk memerangkap lipas dan juga boleh memerangkap cicak. Umpan non toksik digunakan untuk menarik lipas dan ia akan melekat jika cuba memakan umpan. Perangkap ini boleh didapati di pasaraya.

No comments:

Post a Comment