Sunday, March 20, 2011

Ulasan Pembinaan RBW Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD)

Berikut adalah contoh syarat-syarat kelulusan RBW oleh JPBD :

Guna pakai Garispanduan Perancangan Premis Burung  Walit (Swiftlet) yang diluluskan Kerajaan dan Rancangan Tempatan PBT.

1. Lokasi tapak/zon guna tanah dibenarkan pembinaan RBW

i). Zon Perindustrian (kawasan industri ringan dan sederhana sahaja)
ii). Kawasan Pertanian
iii). Kawasan Perkampungan


2. Lokasi tapak/zon guna tanah tidak dibenarkan pembinaan RBW

i). Kawasan Hutan Simpan, kawasan hidupan liar, kawasan tanah tinggi dan lereng bukit, kawasan semulajadi dan aktiviti, kawasan tadahan air
ii). Kawasan rizab utiliti
iii). Kawasan rizab awam dan institusi (seperti hospital, klinik, dewan orang ramai, sekolah padang permainan dan lain-lain)
iv). Zon Industri (kawasan industri berat dan industri khas)
v). Zon Kediaman
vi). Zon Perniagaan

Monday, March 14, 2011

Sistem CCTV Internet RBW.


Pada saya, cctv adalah satu 'keperluan' dalam RBW moden. Negara kita telah mempunyai prasarana internet yang amat kondusif untuk kita menggunakan kemudahan cctv ini. Zon liputan internet dah semakin luas dan stabil malah paling penting harga langganan bulanan semakin berpatutan. Jadi kita 'make use' kelebihan ini untuk kepentingan RBW  dan kita khasnya. ...why not?

Untuk menggunakan siaran langsung atau live view ini RBW kita perlu berada dalam zon liputan internet  Broadband dari TM (streamyx) atau P1 dari WIMAX.  Saya menggunakan servis streamyx. Jika berada hanya dalam zon 3G, GPRS atau Edge dari servis Celcom, Maxis, DIGI adalah tidak sesuai untuk tujuan ini kerana ia berkongsi IP untuk client terminal. 

Macam saya membuat lawatan RBW sebulan sekali, saya tinggal 400km dari RBW, namun setiap hari saya dapat melihat situasi yang berlaku dalam RBW. Dimana-mana sahaja saya dapat memantau keadaan RBW. Kita juga boleh install perisian cctv ke dalam hand-phone dan boleh memantau cctv secara mudah secara 'portable'.  

Bukan itu saja ada banyak  manafaat lain lagi saya perolehi :

a).  Boleh set parameter rakaman dalam DVR.

b). Boleh cari dan mainkan kembali rekod rakaman cctv seperti yang telah diprogramkan dalam DVR.

Rekod pergerakan keluar-masuk burung walet dalam RBW saya

c). Boleh memastikan bilangan burung walet keluar masuk dalam RBW dan jumlah yang menginap secara tepat.

d). Boleh memantau keselamatan RBW akibat pencerobohan pencuri.

e). Boleh check kehadiran pemangsa burung walet dalam RBW. 

f). Boleh check amplifier suara panggil RBW samada berfungsi atau sebaliknya.

g). Keadaan cuaca persekitaran RBW juga dapat diketahui.

h). Dapat melihat reaksi burung walet ke atas suara panggilan baru yang ditukar. 

i). Masa burung walet bangun tidur, keluar mencari makan, pulang ke RBW, aksi xxx dan lain-lain juga boleh diketahui dengan tepat. ( ini paling best ; ))   

i) ......dan banyak lagi  

Saturday, March 12, 2011

Hukum Memakan Sarang Burung Layang-Layang

Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-79 yang bersidang pada 6 - 8 September 2007 telah membincangkan Hukum Memakan Sarang Burung Layang-Layang. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum memakan sarang burung layang-layang adalah harus.

Keputusan (English): 

The Ruling On Eating Swallow’s Nest

Decision:

The 79th Muzakarah (conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 6th-8th September 2007 has discussed the ruling on eating swallow’s nest. The Committee has decided that eating 
swallow’s nest is permissible.

Thursday, March 10, 2011

Tahap Keselamatan Dalaman dan Luaran RBW


Aspek yang amat penting perlu difikirkan oleh pemilik RBW. Ia akan menjadi lebih kritikal apabila RBW telah mempunyai sarang burung atau telah mengeluarkan hasil.

Pencuri-pencuri ini terdiri dari pelbagai kategori dari samseng, penagih dadah hingga kepada penyamun sarang burung yang profesional. Mereka ini memang dapat membezakan samada RBW ini telah mempunyai hasil.

Oleh itu adalah sangat elok jika sistem keselamatan yang canggih dipasang di dalam RBW sebelum beroperasi. Ini kerana jika sistem keselamatan dipasang setelah burung walet menginap dalam RBW ia dikhuatiri akan menganggu burung walet terutamanya semasa proses pemasangan dijalankan dan ini boleh menjejaskan prestasi RBW.

Sistem keselamatan yang baik bagi sesebuah RBW mestilah mempunyai peralatan berikut :

1. 4 infra red CCTV tahan cuaca - boleh dipasang di pintu masuk RBW, dalam bangunan RBW dan luar bangunan RBW.

2. Pengesan pergerakan (motion detect/sensor) boleh diset pada DVR CCTV dan diaktifkan pada kamera di pintu masuk dan dalam bangunan RBW.

3. Sistem CCTV ini juga perlu mempunyai sistem pemberitahu penceroboh dimana ia akan menghantar SMS, MMS atau panggilan telefon kepada pemilik RBW jika berlaku sebarang pencerobohan dalam RBW.


Peralatan asas CCTV


1. Kamera IR yang berupaya beroperasi dalam keadaan gelap sepenuhnya serta tahan cuaca.
2. DVR sekurang-kurangnya boleh merekod selama 4 minggu.
3. Komputer skrin LCD 16 " ke 21"
4. Sambungan Internet Streamyx untuk tengok live dari  ruang tamu rumah kita (akan dibincang lanjut dalam post entry saya akan datang)


Tuesday, March 8, 2011

Agensi Kerajaan Malaysia Yang Terlibat Dalam Kelulusan RBW

Pembinaan RBW perlu mendapat kelulusan dari pihak berkuasa untuk memastikan setiap pembangunan yang dijalankan mengikut syarat-syarat dan garis panduan terkini yang telah ditetapkan. Kelestarian pembangunan adalah amat penting dalam kehidupan masyarakat. Jadi untuk menjamin bangunan RBW kita diterima sebagai satu pembangunan yang sah disisi undang-undang maka perlulah kita mengetahui dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Bakal pemilik RBW  perlu melantik Arkitek/Perancang yang bertauliah untuk menyediakan Laporan Cadangan Pemajuan (LCP). 

LCP yang telah siap ini akan dihantar kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk pemprosesan kelulusan. PBT merupakan Majlis Daerah, Majlis Perbandaran, Majlis Bandaraya dan Dewan Bandaraya berbeza mengikut tempat.

PBT akan mengedarkan LCP kepada agensi-agensi berikut :

1. Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD)
2. Jabatan Kerja Raya  (JKR)
3. Jabatan Parit dan Saliran (JPS)
4. Jabatan Mineral dan Geosains (JMG)
5. Jabatan Alam Sekitar (JAS)
6. Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV)
7. Jabatan Perhilitan
8. Syarikat Bekalan Air Negeri
9. Pejabat Tanah dan Daerah
10. Indah Water Konsortium (IWK)
11. Tenaga Nasional Berhad (TNB)
12. Telekom Malaysia (TM)


Sebarang keputusan kelulusan RBW akan diperolehi dalam masa 3 bulan dari tarikh penghantaran LCP kepada PBT.

Pada entry akan datang saya akan membincangkan standard syarat-syarat kelulusan dan peraturan yang akan dikenakan kepada pemilik RBW oleh setiap agensi terbabit diatas.


Saturday, March 5, 2011

Beri tempoh tiga tahun

Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad
ahmadshahrul@hmetro.com.my



PUTRAJAYA: Lebih 40,000 pengusaha burung walet di negara ini yang mengaut keuntungan lumayan diberikan tempoh tiga tahun bagi mendaftar dan melesenkan premis dengan kadar RM50 bagi mengelak tindakan pihak berkuasa.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, berkata buat masa ini, ada lebih 50,000 pengusaha burung walet di negara ini, tetapi hanya kira-kira 10 peratus saja yang berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan mendapatkan lesen daripada pihak berkuasa tempatan berkaitan.


Beliau berkata, pengusaha perlu mendaftarkan industri mereka bagi memudahkan mereka mendapatkan lesen daripada PBT seterusnya membolehkan mereka mengeksport produk mereka ke luar negara.

“Mereka perlu mendaftar dan mendapatkan lesen bagi memudahkan produk dieksport selain memastikan produk burung walet yang dieksport memiliki kualiti yang ditetapkan,” katanya pada sidang media selepas melancar dan menyerahkan Garis Panduan Pembangunan Industri Burung Walet, semalam.


Beliau berkata, garis panduan yang pertama kali dikeluarkan itu memperuntukkan kaedah pendaftaran premis burung walet di seluruh negara dan borang pendaftaran premis penternakan dan pemprosesan sarang burung walet boleh dimuat turun melalui laman sesawang JPV. “Semua pengusaha diwajib berdaftar dengan JPV dan pendaftaran premis bermula dengan pengisian borang pendaftaran, lawatan ke tapak oleh pegawai JPV, pemberian nombor Radio Frequency Idenfication (RFID) dan kad pengenalan pemilik premis walet.



“Semua prosedur itu perlu dipatuhi dan hanya mengambil kos hanya RM50 bagi setiap pendaftaran,” katanya. Menurutnya, dalam usaha menggalakkan pembabitan pelbagai golongan masyarakat dalam industri burung walet, kementerian sudah merangka pelan induk pembangunan sarang burung walet sehingga 2020 dengan menggariskan tindakan yang perlu dilaksanakan pelbagai agensi dan swasta bagi menjayakan pembangunan industri sarang burung walet di negara ini.



Beliau berkata, buat masa ini, industri pengeluaran sarang burung walet di negara ini sudah mencapai kapasiti 250 tan dengan nilai kira-kira RM1 bilion setahun dan dijangka meningkat sehingga 500 tan dengan nilai RM4.5 bilion menjelang 2020.


“Garis pembangunan ini diguna pakai di seluruh negara bagi menyelaras dan mengharmonikan pelbagai peraturan pelaksanaan aktiviti penternakan serta kegiatan import dan eksport sarang burung walet supaya lebih tersusun dan berdaya majut,” katanya.


Friday, March 4, 2011

Walet berkejaran dalam RBW...

Salam semua kepada saudara-saudari ...

ini adalah aksi walet pada 8 feb lalu setelah suara panggil walet yang baru dipasang di RBW saya.

sungguh indah perasaan apabila melihat burung walet berkejaran dalam RBW kita dan ini merupakan gambaran kejayaan yang pasti akan datang bagi mereka yang bersabar.

Alhamdulilah...hanya kesyukuran dipanjatkan kepada Allah s.w.t atas rezeki dan nikmat yang diberikan kepadaku selama ini...amin


"assalamulaikum ..Hai sang burung ciptaan Allah.. masuk dan tidurlah di rumah yang kubina untuk mu "