PUTRAJAYA, 9 Ogos 2011 – Pejabat Kaunselor Pertanian Malaysia di Beijing mengesahkan kerajaan China tidak pernah mengenakan larangan pengimportan sarang burung dari Malaysia.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Chua Tee Yong berkata, apa yang berlaku adalah sesetengah sampel sarang burung yang diimport dari Malaysia ditolak oleh China kerana gagal mematuhi standard yang ditetapkan negara berkenaan.
“China merupakan pasaran terbesar bagi produk sarang burung kerana penduduk di negara itu percaya dengan manfaat herba dan Malaysia merupakan satu daripada hanya dua negara di Asia Tenggara yang dibenarkan mengeksport produk sarang burung ke China.
“Hasil ujian sampel ke atas sarang burung yang diimport dari Malaysia menunjukkan bahawa sesetengah sampel tidak mematuhi sifar nitrit tetapi kerajaan China tidak melarang pengimportan sarang burung dari Malaysia,” katanya di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Tee Yong berkata, penerimaan tahap nitrit dalam sarang burung di China adalah ‘sifar’ tetapi di Malaysia, ia adalah 30 bahagian per juta (ppm), yang berdasarkan kepada MS2334: spesifikasi sarang burung yang boleh dimakan 2010 (EBN) dan selari dengan Peraturan Makanan 1985 manakala standard yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ialah 34ppm.
Atas sebab itu, kata beliau, cuma lima hingga enam pengeluar sarang burung di Malaysia mematuhi sifar nitrit manakala kebanyakan pengeluar hanya dapat mematuhi di bawah 10ppm.
Menurutnya, kerajaan China mengenakan ujian yang ketat ke atas sarang burung yang diimport berikutan sarang burung tiruan dengan ppm yang tinggi di pasaran.
Justeru, katanya, kementerian akan mengadakan mesyuarat dengan Kaunselor Perdagangan China di Malaysia bagi membincangkan isu itu dalam usaha mencari jalan penyelesaian terbaik secepat mungkin bagi mengelakkan ia menjejaskan pengeksport terutama mereka yang tidak dapat mematuhi tahap sifar nitrit.
Burung layang-layang gua merupakan bidang Agro yang sedang berkembang pesat di Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Vietnam dan Kemboja. Bagi mencambahkan ilmu dalam bidang perladangan walet, blog ini akan mengupas isu-isu yang penting terutamanya menekankan perilaku dan suara burung walet berdasarkan pengalaman, perkongsian idea bersama pemilik rumah burung dan juga rujukan ilmiah. Begitu juga dengan garis panduan semasa kerajaan di Malaysia.
Thursday, September 15, 2011
Isu walet: Kementerian Pertanian tidak pernah lantik wakil
PUTRAJAYA 16 Ogos - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani tidak pernah melantik mana-mana syarikat luar untuk menjadi wakil kerajaan dalam memberi penerangan mengenai masalah eksport burung walet tempatan ke China.
Menterinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, pihaknya langsung tidak tahu-menahu mengenai pelantikan syarikat luar untuk memberi sebarang penerangan berkaitan isu tersebut.
Sehubungan itu, beliau berkata, siasatan akan dijalankan untuk mengenal pasti masalah tersebut bagi mengelakkan berlakunya kekeliruan.
"Masalah larangan itu timbul disebabkan tindakan segelintir pengusaha tempatan yang mengeksport sarang burung walet yang tidak berkualiti secara rahsia ke China.
"Sarang burung walet yang akan dieksport ke luar negara sepatutnya mempunyai sijil Tanda Kesihatan Veterinar (VHM) daripada pihak kementerian bagi memastikan ia melepasi piawaian kandungan nitrat yang ditetapkan," katanya.
Beliau diminta mengulas perkara itu selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) dengan Institut Skill-tech (IST) di sini, hari ini.
Baru-baru ini, media melaporkan mengenai tindakan China melarang kemasukan eksport sarang burung walet ke negara Tembok Besar itu.
Terdahulu, majlis itu turut menyaksikan MoU mengenai pelaksanaan sekolah pemasaran di antara Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan NATC.
Noh berkata, beliau dan wakil kementerian akan ke Shanghai untuk memperjelaskan isu tersebut dan membuat pertemuan bilateral mengenai perkara itu pada awal bulan depan.
Sementara itu, beliau berkata, MoU antara NATC, FAMA dan LPP adalah persefahaman bagi menggunakan Institut Pengurusan Peladang (IPP) di Sungai Petani, Kedah sebagai sekolah pemasaran melalui strategi laut biru.
"Melalui konsep persefahaman ini, NATC akan membiayai kos latihan kemahiran pertanian, FAMA pula menyumbang tenaga pakar dan IPP melalui LPP akan membenarkan bangunannya digunakan sebagai sekolah pemasaran.
"Sekolah pemasaran ini bakal memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai latihan aspek pengurusan perniagaan dan pemasaran produk pertanian serta industri asas tani," katanya.
Beliau menjelaskan, buat permulaan sekolah pemasaran itu telah menerima 53 pelatih bagi pengambilan pertamanya Jun lalu.
Tuesday, September 13, 2011
Khasiat Sarang Burung Walet
Sejak dulu lagi, khasiat sarang-sarang burung layang-layang atau walet didapati mempunyai dua nilai pemakanan tinggi yang sangat unik dan aktif iaitu faktor stimulasi mikrogenik. Kedua-dua faktor itu membantu merangsang sel dan penghasilan semula struktur sel badan, serta dikatakan menjadi punca utama penghasilan kulit yang muda, lembut, licin dan halus.
Selain membekalkan kecantikan pada kulit, sarang burung itu juga membuktikan ia sangat berkhasiat kerana mengandungi bahan yang boleh memberikan tenaga dan pemulihan dalaman, khasnya melancarkan sistem aliran darah dengan lebih lancar.
Penyelidikan saintifik moden mendapati ia mengandungi mineral kepekatan tinggi, protein aktif serta protein gelatin, sekali gus menjadikan ia produk kesihatan semula jadi yang tulen sekali gus bagus untuk semua peringkat usia.
Pengambilan sarang burung dalam jangka panjang adalah ketahanan terbaik terhadap penuaan, manakala unsur protein aktif dalam sarang burung turut merangsang pembesaran sel dalam sistem imunisasi, lantas menguatkan imuniti badan dalam melawan penyakit.
Sarang burung juga sesuai bagi wanita hamil kerana ia memberi faedah kepada ibu dan bayi. Ini amat jelas berikutan bayi yang dilahirkan akan memiliki kulit yang sangat cerah lagi halus, serta fungsi badan lebih kuat berbanding bayi lain dan ibu juga pulih lebih cepat selepas melahirkan.
Secara lazimnya, manfaat sarang burung itu boleh dinikmati melalui hidangan yang disediakan, bergantung kepada cita rasa tersendiri untuk menambahkan kenikmatan ketika menjamu. Bagaimanapun ia memerlukan kos yang tinggi untuk setiap pengambilan.
Manfaat sarang burung layang-layang ( Walet )
# Kajian perubatan Cina di Beijing mendapati sarang burung walet menjadikannya agen pemutihan kulit dan juga baik untuk kesihatan mata. Bagi penghidap asma, ia juga menjadi agen terbaik memulihkan sistem pernafasan dan memperkuatkan paru-paru. Hasil daripada eksperimen dan penelitian menunjukkan bahawa sarang burung bermanfaat sebagai:
# Zat kolagen yang terkandung dalam setiap sarang burung walet dapat melancarkan pembuluh darah, meningkatkan nafsu makan serta memperbaiki saluran pencernaan.
# Sarang burung walet dapat mengurangkan kahak dan menyembuhkan batuk. Ini juga adalah nutrisi yang bagus untuk paru-paru dan menguatkan saluran pernafasan.
# Pengambilan sarang burung walet ketika kehamilan dapat mengurangi rasa sakit pada punggung, memperkuat paru-paru bayi yang dikandung. Juga dapat mempercepat proses penyembuhan setelah melahirkan.
# Untuk wanita, pemakanan secara teratur dapat meningkatkan daya metabolisme, memperbaiki kulit serta melambatkan proses penuaan.
# Untuk orang tua, pemakanan secara teratur dapat menguatkan urat dan tulang serta meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit.
# Untuk kanak-kanak, sarang burung berkenaan dapat membesarkan daya serap nutrisi yang ada pada setiap makanan dan memperkuatkan paru-paru.
# Dipilih sebagai makanan yang amat baik kepada para perokok selain dapat mengurangkan kesan yang ditimbulkan daripada nikotin dan mencegah serangan barah.

Fakta saintifik sarang burung walet
- Mengandungi 60% protein (protein larut air & protein aktif).
- Tterdiri daripada 18 jenis asid amino penting, vitamin, serat, karbohidrat, kalsium, zat besi, kalium,fosforus & magnesium.
- Bahan yang paling penting ialah faktor perangsang mitogen-MSF dan faktor pertumbuhan epidermis-EGF yang dikenali sebagai “Gen Kecantikan”.
Pengambilan sarang burung dalam jangka panjang adalah ketahanan terbaik terhadap penuaan, manakala unsur protein aktif dalam sarang burung turut merangsang pembesaran sel dalam sistem imunisasi, lantas menguatkan imuniti badan dalam melawan penyakit.
Sarang burung juga sesuai bagi wanita hamil kerana ia memberi faedah kepada ibu dan bayi. Ini amat jelas berikutan bayi yang dilahirkan akan memiliki kulit yang sangat cerah lagi halus, serta fungsi badan lebih kuat berbanding bayi lain dan ibu juga pulih lebih cepat selepas melahirkan.
Secara lazimnya, manfaat sarang burung itu boleh dinikmati melalui hidangan yang disediakan, bergantung kepada cita rasa tersendiri untuk menambahkan kenikmatan ketika menjamu. Bagaimanapun ia memerlukan kos yang tinggi untuk setiap pengambilan.
Kandungan Kimia Sarang Burung
( Sumber daripada Dr. Lim Chan Koon (2002), Swiftlets of Borneo )
( Sumber daripada Dr. Lim Chan Koon (2002), Swiftlets of Borneo )
- 9% moisture
- 20% inorganic ash
- 32.3% protein (Glycoprotein & 17 types amino acids)
- 38.7% carbohydrate (sialic acid, hexosamines, hexoses, deoxyexose).
Manfaat sarang burung layang-layang ( Walet )
# Kajian perubatan Cina di Beijing mendapati sarang burung walet menjadikannya agen pemutihan kulit dan juga baik untuk kesihatan mata. Bagi penghidap asma, ia juga menjadi agen terbaik memulihkan sistem pernafasan dan memperkuatkan paru-paru. Hasil daripada eksperimen dan penelitian menunjukkan bahawa sarang burung bermanfaat sebagai:
# Zat kolagen yang terkandung dalam setiap sarang burung walet dapat melancarkan pembuluh darah, meningkatkan nafsu makan serta memperbaiki saluran pencernaan.
# Sarang burung walet dapat mengurangkan kahak dan menyembuhkan batuk. Ini juga adalah nutrisi yang bagus untuk paru-paru dan menguatkan saluran pernafasan.
# Pengambilan sarang burung walet ketika kehamilan dapat mengurangi rasa sakit pada punggung, memperkuat paru-paru bayi yang dikandung. Juga dapat mempercepat proses penyembuhan setelah melahirkan.
# Untuk wanita, pemakanan secara teratur dapat meningkatkan daya metabolisme, memperbaiki kulit serta melambatkan proses penuaan.
# Untuk orang tua, pemakanan secara teratur dapat menguatkan urat dan tulang serta meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit.
# Untuk kanak-kanak, sarang burung berkenaan dapat membesarkan daya serap nutrisi yang ada pada setiap makanan dan memperkuatkan paru-paru.
# Dipilih sebagai makanan yang amat baik kepada para perokok selain dapat mengurangkan kesan yang ditimbulkan daripada nikotin dan mencegah serangan barah.
Monday, July 25, 2011
Cara Mudah Mencuci Sarang Burung Walet
Salam & selamat sejahtera semua,
Seluruh tempat di Semenanjung Malaysia sekarang bagaikan sedang 'diserang' oleh burung walet. Setiap RBW tak kira baru dan lama disegenap pelosok negeri berpuluh-puluh hingga beribu-ribu burung walet berlegar-legar di atasnya. Alhamdulilah syukur kepada yang esa, itulah sahaja perasaan semua pemilik-pemilik RBW. Musim burung walet begini diharap akan berpanjangan sepanjang tahun sehingga selama-lamanya.
Perkongsian ilmu kali ini cara mudah untuk mencuci sarang burung walet untuk semua peringkat pemilik RBW.
2 Spatula, Piring putih, 3 Bekas plastik, Acuan sarang burung plastik
Cara-cara memproses :
1. Rendam sarang burung walet di dalam air yang ditapis/mineral selama 2 ke 3 jam.
2. Apabila selesai rendaman, mulakan proses pengasingan bulu dan sarang burung dengan cermat menggunakan spatula.
3. Sarang burung yang telah dibersihkan sepenuhnya diletakkan ke dalam acuan plastik yang berbentuk sarang burung dan dikeringkan pada suhu bilik.
Sarang burung yang telah dibersihkan ; )
Selamat mencuba...happy farming all !!!
Tuesday, April 12, 2011
Pahang Tambah Baik Garis Panduan Perusahaan Burung Walet
KUANTAN – Garis panduan dan syarat perusahaan sarang burung walit yang sedang dirangka kerajaan Pahang akan mula diguna pakai sepenuhnya menjelang pertengahan tahun ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan Pahang Datuk Hoh Khai Mun.
Beliau berkata ia adalah bagi penambahbaikan daripada Garis Panduan Industri Burung Walit Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang dilancarkan 19 Jan lepas.
Katanya penambahbaikan itu perlu untuk disesuaikan dengan senario pembangunan pesat industri berkenaan di Pahang.
“Industri burung walit ini dapat sokongan penuh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Oleh demikian kerajaan turut menyediakan pelbagai insentif termasuk kemudahan pinjaman daripada Agro Bank, memudahkan kelulusan pelesenan, menggalakkan pelaburan luar dan eksport,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri ketika menjawab soalan Chang Hong Seong (BN-Teruntum) mengenai perancangan kerajaan negeri untuk mengeluarkan garis panduan perusahaan burung walit di Pahang.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi Pahang Datuk Ishak Mohamad berkata Mara sentiasa berusaha membantu usahawan Bumiputera menjalankan perniagaan dengan menyediakan ruang niaga di kawasan strategik di semua daerah di negeri itu.
Katanya Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) juga sentiasa memberi keutamaan kepada peniaga Bumiputera dalam penyediaan premis perniagaan di lokasi strategik dengan kadar sewa yang rendah bergantung kepada lokasi dan jenis premis.
“Dalam tempoh sehingga Rancangan Malaysia Kesembilan, PKNP memiliki lebih 700 unit kedai pelbagai jenis dan pada masa ini, sedang mencari lokasi strategik untuk membangunkan kedai dan gerai bagi tujuan berkenaan,” katanya ketika menjawab soalan Syed Hamid Syed Mohamed (PAS-Kuala Semantan). – BERNAMA
Sunday, April 3, 2011
Sarang Burung Walet Makanan Si Lipas
Agak sibuk kebelakangan ini dengan RBW, kerja-kerja pengurusan dan penyelenggaraan. Almaklumlah kedudukan RBW agak jauh dari rumah, jadi banyak perkara yang perlu diselesaikan. Banyak dah selesai ada sikit-sikit perlu disiapkan.
Kali ini saya akan bincangkan berkenaan serangga perosak RBW iaitu lipas. Kehadiran serangga ini dalam RBW akan merugikan kita. Lipas akan memakan sarang yang dibuat walet. Jika walet mengesan lipas di kawasan penginapan ia akan memblacklist RBW kita.Beberapa cara lipas yang hidup dalam RBW menganggu burung walet iaitu :
1. Lipas akan memakan sarang yang menyebabkan sarang walet rosak dan menjadi kualiti rendah.
2. Lipas mengeluarkan bau busuk yang boleh mengugat ketenteraman burung walet.
3. Lipas meninggalkan kotoran pada papan pembiakan dan sarang burumg walet yang membuatkan burung walet tidak selesa tinggal di dalam sarang.
Penggunaan bahan pencegah serangga perlu digunakan secara berhati-hati agar tidak mematikan anak dan burung walet. Jika bau bahan ini terlalu menyengat juga boleh menyebabkan burung walet tidak selesa dan seterusnya meninggalkan RBW kita.
Saya telah memasang perangkap lipas non toksik untuk memerangkap lipas dan juga boleh memerangkap cicak. Umpan non toksik digunakan untuk menarik lipas dan ia akan melekat jika cuba memakan umpan. Perangkap ini boleh didapati di pasaraya.
Sunday, March 20, 2011
Ulasan Pembinaan RBW Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD)
Berikut adalah contoh syarat-syarat kelulusan RBW oleh JPBD :
Guna pakai Garispanduan Perancangan Premis Burung Walit (Swiftlet) yang diluluskan Kerajaan dan Rancangan Tempatan PBT.
1. Lokasi tapak/zon guna tanah dibenarkan pembinaan RBW
i). Zon Perindustrian (kawasan industri ringan dan sederhana sahaja)
ii). Kawasan Pertanian
iii). Kawasan Perkampungan
2. Lokasi tapak/zon guna tanah tidak dibenarkan pembinaan RBW
i). Kawasan Hutan Simpan, kawasan hidupan liar, kawasan tanah tinggi dan lereng bukit, kawasan semulajadi dan aktiviti, kawasan tadahan air
ii). Kawasan rizab utiliti
iii). Kawasan rizab awam dan institusi (seperti hospital, klinik, dewan orang ramai, sekolah padang permainan dan lain-lain)
iv). Zon Industri (kawasan industri berat dan industri khas)
v). Zon Kediaman
vi). Zon Perniagaan

Monday, March 14, 2011
Sistem CCTV Internet RBW.
Pada saya, cctv adalah satu 'keperluan' dalam RBW moden. Negara kita telah mempunyai prasarana internet yang amat kondusif untuk kita menggunakan kemudahan cctv ini. Zon liputan internet dah semakin luas dan stabil malah paling penting harga langganan bulanan semakin berpatutan. Jadi kita 'make use' kelebihan ini untuk kepentingan RBW dan kita khasnya. ...why not?
Untuk menggunakan siaran langsung atau live view ini RBW kita perlu berada dalam zon liputan internet Broadband dari TM (streamyx) atau P1 dari WIMAX. Saya menggunakan servis streamyx. Jika berada hanya dalam zon 3G, GPRS atau Edge dari servis Celcom, Maxis, DIGI adalah tidak sesuai untuk tujuan ini kerana ia berkongsi IP untuk client terminal.
Macam saya membuat lawatan RBW sebulan sekali, saya tinggal 400km dari RBW, namun setiap hari saya dapat melihat situasi yang berlaku dalam RBW. Dimana-mana sahaja saya dapat memantau keadaan RBW. Kita juga boleh install perisian cctv ke dalam hand-phone dan boleh memantau cctv secara mudah secara 'portable'.
Bukan itu saja ada banyak manafaat lain lagi saya perolehi :
a). Boleh set parameter rakaman dalam DVR.
b). Boleh cari dan mainkan kembali rekod rakaman cctv seperti yang telah diprogramkan dalam DVR.
Rekod pergerakan keluar-masuk burung walet dalam RBW saya |
c). Boleh memastikan bilangan burung walet keluar masuk dalam RBW dan jumlah yang menginap secara tepat.
d). Boleh memantau keselamatan RBW akibat pencerobohan pencuri.
e). Boleh check kehadiran pemangsa burung walet dalam RBW.
f). Boleh check amplifier suara panggil RBW samada berfungsi atau sebaliknya.
g). Keadaan cuaca persekitaran RBW juga dapat diketahui.
h). Dapat melihat reaksi burung walet ke atas suara panggilan baru yang ditukar.
i). Masa burung walet bangun tidur, keluar mencari makan, pulang ke RBW, aksi xxx dan lain-lain juga boleh diketahui dengan tepat. ( ini paling best ; ))
i) ......dan banyak lagi
Saturday, March 12, 2011
Hukum Memakan Sarang Burung Layang-Layang
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-79 yang bersidang pada 6 - 8 September 2007 telah membincangkan Hukum Memakan Sarang Burung Layang-Layang. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum memakan sarang burung layang-layang adalah harus.
Keputusan (English):
The Ruling On Eating Swallow’s Nest
Decision:
The 79th Muzakarah (conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 6th-8th September 2007 has discussed the ruling on eating swallow’s nest. The Committee has decided that eating swallow’s nest is permissible.
Untuk Rujukan http://www.e-fatwa.gov.my/
Thursday, March 10, 2011
Tahap Keselamatan Dalaman dan Luaran RBW
Aspek yang amat penting perlu difikirkan oleh pemilik RBW. Ia akan menjadi lebih kritikal apabila RBW telah mempunyai sarang burung atau telah mengeluarkan hasil.
Pencuri-pencuri ini terdiri dari pelbagai kategori dari samseng, penagih dadah hingga kepada penyamun sarang burung yang profesional. Mereka ini memang dapat membezakan samada RBW ini telah mempunyai hasil.
Oleh itu adalah sangat elok jika sistem keselamatan yang canggih dipasang di dalam RBW sebelum beroperasi. Ini kerana jika sistem keselamatan dipasang setelah burung walet menginap dalam RBW ia dikhuatiri akan menganggu burung walet terutamanya semasa proses pemasangan dijalankan dan ini boleh menjejaskan prestasi RBW.
Sistem keselamatan yang baik bagi sesebuah RBW mestilah mempunyai peralatan berikut :
1. 4 infra red CCTV tahan cuaca - boleh dipasang di pintu masuk RBW, dalam bangunan RBW dan luar bangunan RBW.
2. Pengesan pergerakan (motion detect/sensor) boleh diset pada DVR CCTV dan diaktifkan pada kamera di pintu masuk dan dalam bangunan RBW.
3. Sistem CCTV ini juga perlu mempunyai sistem pemberitahu penceroboh dimana ia akan menghantar SMS, MMS atau panggilan telefon kepada pemilik RBW jika berlaku sebarang pencerobohan dalam RBW.
Peralatan asas CCTV :
1. Kamera IR yang berupaya beroperasi dalam keadaan gelap sepenuhnya serta tahan cuaca.
2. DVR sekurang-kurangnya boleh merekod selama 4 minggu.
3. Komputer skrin LCD 16 " ke 21"
4. Sambungan Internet Streamyx untuk tengok live dari ruang tamu rumah kita (akan dibincang lanjut dalam post entry saya akan datang)
Tuesday, March 8, 2011
Agensi Kerajaan Malaysia Yang Terlibat Dalam Kelulusan RBW
Pembinaan RBW perlu mendapat kelulusan dari pihak berkuasa untuk memastikan setiap pembangunan yang dijalankan mengikut syarat-syarat dan garis panduan terkini yang telah ditetapkan. Kelestarian pembangunan adalah amat penting dalam kehidupan masyarakat. Jadi untuk menjamin bangunan RBW kita diterima sebagai satu pembangunan yang sah disisi undang-undang maka perlulah kita mengetahui dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Bakal pemilik RBW perlu melantik Arkitek/Perancang yang bertauliah untuk menyediakan Laporan Cadangan Pemajuan (LCP).
Bakal pemilik RBW perlu melantik Arkitek/Perancang yang bertauliah untuk menyediakan Laporan Cadangan Pemajuan (LCP).
LCP yang telah siap ini akan dihantar kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk pemprosesan kelulusan. PBT merupakan Majlis Daerah, Majlis Perbandaran, Majlis Bandaraya dan Dewan Bandaraya berbeza mengikut tempat.
PBT akan mengedarkan LCP kepada agensi-agensi berikut :
PBT akan mengedarkan LCP kepada agensi-agensi berikut :
1. Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD)
2. Jabatan Kerja Raya (JKR)
3. Jabatan Parit dan Saliran (JPS)
4. Jabatan Mineral dan Geosains (JMG)
5. Jabatan Alam Sekitar (JAS)
6. Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV)
7. Jabatan Perhilitan
8. Syarikat Bekalan Air Negeri
9. Pejabat Tanah dan Daerah
10. Indah Water Konsortium (IWK)
11. Tenaga Nasional Berhad (TNB)
12. Telekom Malaysia (TM)
Sebarang keputusan kelulusan RBW akan diperolehi dalam masa 3 bulan dari tarikh penghantaran LCP kepada PBT.
Pada entry akan datang saya akan membincangkan standard syarat-syarat kelulusan dan peraturan yang akan dikenakan kepada pemilik RBW oleh setiap agensi terbabit diatas.
Sunday, March 6, 2011
Saturday, March 5, 2011
Beri tempoh tiga tahun
Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad
ahmadshahrul@hmetro.com.my
PUTRAJAYA: Lebih 40,000 pengusaha burung walet di negara ini yang mengaut keuntungan lumayan diberikan tempoh tiga tahun bagi mendaftar dan melesenkan premis dengan kadar RM50 bagi mengelak tindakan pihak berkuasa.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, berkata buat masa ini, ada lebih 50,000 pengusaha burung walet di negara ini, tetapi hanya kira-kira 10 peratus saja yang berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan mendapatkan lesen daripada pihak berkuasa tempatan berkaitan.
Beliau berkata, pengusaha perlu mendaftarkan industri mereka bagi memudahkan mereka mendapatkan lesen daripada PBT seterusnya membolehkan mereka mengeksport produk mereka ke luar negara.
“Mereka perlu mendaftar dan mendapatkan lesen bagi memudahkan produk dieksport selain memastikan produk burung walet yang dieksport memiliki kualiti yang ditetapkan,” katanya pada sidang media selepas melancar dan menyerahkan Garis Panduan Pembangunan Industri Burung Walet, semalam.
Beliau berkata, garis panduan yang pertama kali dikeluarkan itu memperuntukkan kaedah pendaftaran premis burung walet di seluruh negara dan borang pendaftaran premis penternakan dan pemprosesan sarang burung walet boleh dimuat turun melalui laman sesawang JPV. “Semua pengusaha diwajib berdaftar dengan JPV dan pendaftaran premis bermula dengan pengisian borang pendaftaran, lawatan ke tapak oleh pegawai JPV, pemberian nombor Radio Frequency Idenfication (RFID) dan kad pengenalan pemilik premis walet.
“Semua prosedur itu perlu dipatuhi dan hanya mengambil kos hanya RM50 bagi setiap pendaftaran,” katanya. Menurutnya, dalam usaha menggalakkan pembabitan pelbagai golongan masyarakat dalam industri burung walet, kementerian sudah merangka pelan induk pembangunan sarang burung walet sehingga 2020 dengan menggariskan tindakan yang perlu dilaksanakan pelbagai agensi dan swasta bagi menjayakan pembangunan industri sarang burung walet di negara ini.
Beliau berkata, buat masa ini, industri pengeluaran sarang burung walet di negara ini sudah mencapai kapasiti 250 tan dengan nilai kira-kira RM1 bilion setahun dan dijangka meningkat sehingga 500 tan dengan nilai RM4.5 bilion menjelang 2020.
“Garis pembangunan ini diguna pakai di seluruh negara bagi menyelaras dan mengharmonikan pelbagai peraturan pelaksanaan aktiviti penternakan serta kegiatan import dan eksport sarang burung walet supaya lebih tersusun dan berdaya majut,” katanya.
Friday, March 4, 2011
Walet berkejaran dalam RBW...
Salam semua kepada saudara-saudari ...
ini adalah aksi walet pada 8 feb lalu setelah suara panggil walet yang baru dipasang di RBW saya.
sungguh indah perasaan apabila melihat burung walet berkejaran dalam RBW kita dan ini merupakan gambaran kejayaan yang pasti akan datang bagi mereka yang bersabar.
Alhamdulilah...hanya kesyukuran dipanjatkan kepada Allah s.w.t atas rezeki dan nikmat yang diberikan kepadaku selama ini...amin
"assalamulaikum ..Hai sang burung ciptaan Allah.. masuk dan tidurlah di rumah yang kubina untuk mu "
Monday, February 28, 2011
Bila Sang Walet Menulis ...
catatan walet :
Kami adalah burung walet dan tuan adalah manusia yang memang suka 'membuli' burung-burung kecil seperti kami ini. Namun begitu kami amat bahagia dan berterima kasih kepada sekumpulan daripada tuan kerana telah menyediakan rumah-rumah burung walet dalam pelbagai saiz dan rekabentuk untuk kami diami. Kami tak kisah kiranya sarang kami diambil, asalkan kami mempunyai tempat untuk meneruskan zuriat kami. Oleh kerana tuan amat berminat untuk menyediakan rumah burung walet(RBW) untuk kami, maka kami amat berbesar hati untuk memberi garis panduan untuk membina RBW yang berjaya dan sesuai untuk kami jadikan tempat tinggal.
1. Bau

Sejak hari pertama kami melihat dunia iaitu selepas 22 - 28 hari jangkamasa mengeram kami hanya boleh mengunakan deria bau iaitu menghidu. Bau tahi burung walet adalah bau pertama kami hidu. Bermula dari hari pertama di atas mukabumi ini sehingga proses pembesaran kami, bau tahi burung walet begitu memberi kesan yang besar dan diingati selama-lamanya. Oleh itu runah burung walet yang hendak tuan bina sudah semestinya mempunyai bau SAMA SEMACAM tempat asalan kami. Kami mungkin akan melawat RBW tuan dan menetap disitu. Namun begitu untuk menetap satu di RBW baru kebiasaanya jika RBW asal kami telah penuh atau sesuatu kejadian telah berlaku kepada RBW asal seperti kebakaran, kehadiran musuh dan lain-lain. Untuk makluman tuan, sifat sosial semulajadi adalah hidup secara berkumpulan dan kami suka tinggal berdekatan dengan ibu-bapa, saudara serta kaum kerabat kami. Sekiranya tuan dapat menyediakan keaadan bau yang sesuai(bau tahi burung walet), tuan telah melepasi ujian pertama.
2. Pintu Keluar/Masuk
2. Pintu Keluar/Masuk
Tak kisahla saiz pintu keluar/masuk kami asalkan kami boleh bebas terbang keluar dan terbang masuk. Terdapat juga sesetengah dari tuan yang cuba mengurangkan kadar cahaya masuk ke kawasan tempat bersarang dengan memasang dinding kayu dan sebagainya sehingga ia terlalu dekat dengan pintu keluar/masuk. Keadaan sebegini amat menyusahkan kami untuk terbang ke dalam RBW .
Terdapat pelbagai jenis pintu keluar/masuk seperti jenis 'dog kennel' (menara), pintu terjun dan sebagainya. Cubalah bayangkan tuan berada pada kedudukan kami, bagaimana hendak melalui pintu keluar/masuks ini. Kelajuan penerbangan kami boleh mencapai 300 km sejam, jika berlaku kemalangan memang boleh membawa kematian. Tiada brek disk atau brek tangan untuk digunakan. Oleh itu saiz pintu keluar/masuk yang sesuai untuk kami membuat pusingan dengan selamat adalah amat penting. Sekiranya tuan dapat menyediakan pintu keluar/masuk yang bersesuaian, tuan telah berjaya melepasi ujian kedua.
3. Suara Panggilan Burung
Kami hidup secara koloni serta berkumpulan. Kami merasa amat selesa dan selamat jika berada dalam persekitaran yang dipenuhi oleh spesis kami. Oleh itu, tuan mestilah mempunyai suara burung walet yang jelas serta mengambarkan persekitaran yang banyak kehadiran kami. Jangan gunakan suara solo burung walet. Kami tahu tuan gunakan suara tiruan yang dimainkan, tak pa kami tak kisah. Asalkan kami selesa dan selamat. Sebab itu kalau tuan dapat lihat kami membina sarang berdekatan dengan tweeter. Jadi perbanyakkan pasang tweeter dalaman ditempat yang bersesuaian untuk kami.

Untuk makluman tuan, suara luar/panggilan adalah untuk memberi satu alat promosi untuk sesatu RBW, macam ni la "Hei disini ada satu RBW, kemarilah datang melawat dan menginap". Kami hanya memerlukan suara burung yang SAMA dengan suara burung jenis kami. Tak perlu suara jenis rock, jazz, echo dan sebagainya hanyalah suara tulen semulajadi spesis kami.
4. Papan Pembiakan
Kami menyukai papan pembiakan yang tiada bau dan sederhana kekerasan untuk kami bergayut. Banyak garis lorek lagi baik. Ketebalan 1 inci dan lebar 6 - 8 inci. Tak semestinya dari jenis meranti jika tiada. Tiada meranti dalam gua tempat asal kami. Lekatkan rapat-rapat pada siling, kami lebih rasa selesa dan selamat. Jika tuan perbanyakkan tempat-tempat bergayut untuk kawan-kawan kami juga lebih baik.Ini adalah ujian ke-4.
5. Suhu
Pastikan RBW tuan suhu antara 27 - 30 darjah celcius. Dengan suhu sebegini bulu-bulu kami takan jatuh semasa kami membina sarang. Kualiti sarang kami juga baik dari segi bentuk, saiz dan kelembutannya.

Seharian kami berpanas di udara, jadi kami perlu balik berehat ditempat yang sejuk dan sesuai.Kalaulah tempat rehat suhu seperti dalam oven , tuan fikirkanlah bagaimana. Ini ujian ke-5.
6. Kelembapan
Kelembapan antara 80-95% adalah ideal. Anak-anak kami di dalam sarang berasa selesa, kulit mereka tidak akan terlalu kering dan mereka juga tidak cepat merasa dahaga. Keadaan ini membolehkan kami megembara mencari makanan lebih lama tanpa perlu kembali ke sarang setiap 3 ke 4 jam sekali. Dalam kelembapan ini juga sarang kami akan menjadi lebih berkualiti tidak menjadi kering dan rapuh. Situasi ini juga dapat membantu mengurangkan suhu dalaman RBW. Ini merupakan ujian ke 6.

7. Kegelapan
Kegelapan dalam RBW membuatkan kami merasa selamat. Jadikanlah RBW tuan segelap yang mungkin. Cahaya dari pintu keluar/masuk kami itu tidak menjadi masalah asalkan kawasan tempat kami tidur (papan pembiakan) gelap.Darkness makes us feel safe. We recommend you to make it as dark as possible. Kami berharap lulus ujian ke 7 ini.
8. Pemangsa

Kami tidak suka diburu dan dijadikan bahan buruan. Anak-anak kami adalah keutamaan kami, jika mereka diganggu kami akan tidak selesa untuk hidup di dalam RBW. Jika RBW tuan mempunyai pemangsa dan mereka mencederakan dan menganggu anak-anak kami maka RBW tuan akan kami tinggalkan selama-lamanya. Oleh itu, pastikanlah RBW tuan bebas pemangsa dan tuan berjaya melepasi ujian ke 8.
9. Lokasi
RBW kegemaran kami adalah di kawasan tumbuhan. Hutan yang mengandungi banyak kayu-kayu, pokok, sungai, aliran air dan lain-lain merupakan kawasan yang sangat ideal bagi kami. Kawasan air seelok-eloknya tidak jauh dari RBW sebagai keperluan kami untuk bermain, mandi dan minum. Jika RBW tuan dibina di kawasan sebegini peluang untuk kami ramai menetap adalah sangat tinggi.
10. Saiz RBW

Saiz bangunan RBW tidaklah terlalu penting bagi kami, dimana rekabentuk RBW dan ujian-ujian tersebut di atas lebih mustahak tuan penuhi. Tuan wajib memenuhi 9 kriteria tersebut di atas untuk memstikan kami dapat tinggal dalam RBW tuan. RBW yang bersaiz kecil bukanlah satu kekurangan asalkan tuan menjadikan saiz dalamannya cukup untuk kami terbang dengan selesa. Iaitu kami dapat pusing ke kiri dan ke kanan, menjunam dan terbang ke atas dengan mudah dan bebas. Tuan melepasi ujian ke 10, jika dapat menyediakan saiz RBW sebegini.
Kami telah memaklumkan apa yang diperlukan.Jika tuan berjaya melepasi 10 ujian ini, tuan telah berada di landasan yang betul. Pada hari pertama tuan mula memasang suara memanggil kami, perasan tuan bercampur baur iaitu gembira apabila melihat kami datang melayang-layang di pintu keluar masuk RBW. Juga perasaan risau dan stress bila tiada antara kami berterbangan di pintu keluar/masuk RBW. Tuan jangan bimbang, semak kembali samada 10 ujian di atas telah dilepasi dan tuan perlu memberi kami masa untuk melawat serta memeriksa keadaan RBW. Jika keadaan RBW baik kami akan tinggal di dalamnya dan tuan akan melihat tanda-tanda sarang kami pada bila-bila masa. Pada masa itu hanya senyuman terukir di bibir tuan.
Semoga berjaya buat manusia pemilik RBW...

Thursday, February 10, 2011
Konsep Pemasangan Tweeter Dalam Rumah Burung Walet
Penggunaan suara burung walet yang berkualiti dan jenis yang baik adalah kunci utama yang menentukan kejayaan sesebuah rumah burung walet itu. Walaupun burung walet merupakan hidup secara liar di dalam habitatnya, ia masih boleh 'dijinakkan' dengan menggunakan suara walet yang tertentu.
Walet akan memberi respon kepada suara tertentu seperti suara mengawan. Terdapat pelbagai cara boleh digunakan untuk memainkan suara burung walet. Misalnya cara 1, suara panggilan (suara luar) boleh dimainkan pada jangkamasa antara 6.30 pagi sehiangga 7.30 petang jam sehari tanpa henti.
Cara 2, suara luar boleh dimainkan antara 6.30 pagi sehingga 11.00 pagi, dan bersambung pada 3.00 pagi sehingga 7.30 petang. Kebanyakan pemilik rumah burung menggunakan cara ini. Tweeter dipasang pada bahagian bucu (corner) terutamanya kerana kebiasaanya walet remaja yang yang datang meninjau suara. Bahagian bucu merupakan bahagian yang paling disukai burung walet. Walet remaja amat suka membina sarang di bahagian bucu (corner) kerana ia merasa lebih terasa dilindungi dan selamat. Setelah sarang burung walet dikutip di bahagian bucu(corner), bahagian ini boleh ditutup menggunakan kayu penutup, cement boardin dan lain-lain.
Untuk mencapai kesan suara walet serta sebarannya merangkumi keseluruhan bangunan, kabel yang bermutu perlu dipilih dan juga tempat tweeter dipasang. Saiz kabel adalah minima berdiameter 0.5 mm keatas.
Aspek sudut tweeter dipasang juga perlu dititikberatkan. Perlu dielakkan pemasangan tweeter menghadap 90 darjah antara satu sama lain. Ini menyebabkan pertembungan gelombang suara yang boleh mengakibatkan burung walet konfius dan tidak dapat menentukan dari mana sumber suara yang dimainkan. Kedudukan tweeter sepatutnya menghadap ke arah pintu masuk setiap bilik dan pintu antara lantai.
Tuesday, February 8, 2011
BURUNG WALET..
Burung Walet/Layang-Layang gua merupakan burung pemakan serangga yang bersifat aerial dan suka meluncur. Burung ini berwarna gelap, terbangnya cepat dengan ukuran tubuh sedang / kecil, dan memiliki sayap berbentuk sabit yang sempit dan runcing, kakinya sangat kecil begitu juga paruhnya dan jenis burung ini tidak pernah hinggap di pohon. Burung walet mempunyai kebiasaan berdiam di gua-gua atau rumah-rumah yang cukup lembab, remang-remang sampai gelap dan menggunakan langit-langit untuk menempelkan sarang sebagai tempat beristirahat dan berbiak.Hasil dari perternakan walet ini adalah sarangnya yang terbuat dari air liurnya (saliva).
Ramai tidak mengetahui burung walet/layang-layang gua berbeza dengan burung layang-layang biasa. Walaupun fizikalnya hampir sama, tetapi burung layang-layang biasa membuat sarang dengan bahan seperti rumput atau daun.
Sarang walet ini selain mempunyai harga yang tinggi, juga dapat bermanfaat bagi dunia kesihatan. Sarang walet berguna untuk menyembuhkan paru-paru, panas dalam, melancarkan peredaran darah dan penambah tenaga. Sifat-sifat yang ada pada sarang burung adalah rasa manis, lembut dan sesuai untuk penyakit yang berkaitan paru-paru, perut dan hati. Fungsi sarang burung menghasilkan yin untuk mengurangkan kekeringan, menghasilkan tenaga dan menguatkan fungsi SPLEEN perut.
Harga sarang burung putih yang belum diproses boleh dijual pada harga RM4500 hingga RM6000 sekilogram.
Pengusaha sarang burung walet menggelar sarang unggas itu sebagai ‘emas putih’ kerana nilainya tinggi dalam pasaran tempatan dan antarabangsa.
Sarang burung dipercayai kaya dengan kalsium, zat besi, potasium, dan magnesium yang amat berguna kepada kesihatan.
Terdapat pelbagai cara untuk menyediakan sarang burung ini dan ia bergantung kepada citarasa masing-masing.
Sarang burung walet mempunyai pelbagai khasiat untuk membantu menjaga kesihatan seperti awet muda dan kecergasan.
Penggunaan sarang burung ini untuk mengubat masalah penghadaman, tuberculosis, batuk, phlegm-dyspnea (kesusahan bernafas), asma, hemotysis (batuk berdarah), hematoma (penyakit berkaitan sel-sel darah), prolonged dysentery, demam malaria yang kronik, dysphagia (masalah menelan), lemah secara umum, batuk kering, batuk berdarah, muntah darah, berpeluh malam, masalah dada, dahaga dan lain-lain lagi.Juga masalah kurus, kurang selera makan , masalah perut berpunca dari sakit berpanjangan.
Industri Sarang Burung Layang-Layang gua hari ini telah mencetuskan satu lagi industri yang berpotensi besar bagi semua usahawan untuk merealisasikan kehidupan mewah selain dari bidang-bidang perniagaan yang lain.
Sebagai contoh, sebanyak 8,000 ekor burung walet boleh menghasilkan keuntungan RM120,000 sebulan.
Akan tetapi ianya amat berkurangan di kalangan usahawan bumiputra kerana itulah industri ini disifatkan sebagai industri yang dirahsiakan, ianya telah lama dimonopoli oleh usahawan bukan bumiputra yang melihat potensi kekayaan yang wujud dari bidang ini, mereka sanggup mengeluarkan modal jutaan ringgit untuk dilaburkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)