Thursday, February 10, 2011

Konsep Pemasangan Tweeter Dalam Rumah Burung Walet

Penggunaan suara burung walet yang berkualiti dan jenis yang baik adalah kunci utama yang menentukan kejayaan sesebuah rumah burung walet itu. Walaupun burung walet merupakan hidup secara liar di dalam habitatnya, ia masih boleh 'dijinakkan'  dengan menggunakan suara walet yang tertentu.




Walet akan memberi respon kepada suara tertentu  seperti suara mengawan. Terdapat pelbagai cara boleh digunakan untuk memainkan suara burung walet. Misalnya cara 1, suara panggilan (suara luar) boleh dimainkan pada jangkamasa antara 6.30 pagi sehiangga 7.30 petang jam sehari tanpa henti.





Cara 2, suara luar boleh dimainkan antara 6.30 pagi sehingga 11.00 pagi, dan bersambung pada 3.00 pagi sehingga 7.30 petang. Kebanyakan pemilik rumah burung menggunakan cara ini. Tweeter dipasang pada bahagian bucu (corner) terutamanya kerana kebiasaanya walet remaja yang yang datang meninjau suara. Bahagian bucu merupakan bahagian yang paling disukai burung walet. Walet remaja amat suka membina sarang di bahagian bucu (corner)  kerana ia merasa lebih terasa dilindungi dan selamat. Setelah sarang burung walet dikutip di bahagian bucu(corner), bahagian ini boleh ditutup menggunakan kayu penutup, cement boardin dan lain-lain.

Untuk mencapai kesan suara walet serta sebarannya merangkumi keseluruhan bangunan, kabel yang bermutu perlu dipilih dan juga tempat tweeter dipasang. Saiz kabel adalah minima berdiameter 0.5 mm keatas.

Aspek sudut tweeter dipasang juga perlu dititikberatkan. Perlu dielakkan pemasangan tweeter menghadap 90 darjah antara satu sama lain. Ini menyebabkan pertembungan gelombang suara yang boleh mengakibatkan burung walet konfius dan tidak dapat menentukan dari mana sumber suara yang dimainkan. Kedudukan tweeter sepatutnya menghadap ke arah pintu masuk setiap bilik dan pintu antara lantai.

No comments:

Post a Comment