Monday, February 28, 2011

Bila Sang Walet Menulis ...

catatan walet :

Kami adalah burung walet dan tuan adalah manusia yang memang suka 'membuli' burung-burung kecil seperti kami ini. Namun begitu kami amat bahagia dan berterima kasih kepada sekumpulan daripada tuan kerana telah menyediakan rumah-rumah burung walet dalam pelbagai saiz dan rekabentuk untuk kami diami. Kami tak kisah kiranya sarang kami diambil, asalkan kami mempunyai tempat untuk meneruskan zuriat kami.
Oleh kerana tuan amat berminat untuk menyediakan rumah burung walet(RBW)  untuk kami, maka kami amat berbesar hati untuk memberi garis panduan untuk membina RBW yang berjaya dan sesuai untuk kami jadikan tempat tinggal.


1. Bau
Sejak hari pertama kami melihat dunia iaitu selepas 22 - 28 hari jangkamasa mengeram kami hanya boleh mengunakan deria bau iaitu menghidu. Bau tahi burung walet adalah bau pertama kami hidu. Bermula dari hari pertama di atas mukabumi ini sehingga proses pembesaran kami, bau tahi burung walet begitu memberi kesan yang besar dan diingati selama-lamanya. Oleh itu runah burung walet yang hendak tuan bina sudah semestinya mempunyai bau SAMA SEMACAM tempat asalan kami. Kami  mungkin akan melawat RBW tuan dan menetap disitu. Namun begitu untuk menetap satu di RBW baru kebiasaanya jika RBW asal kami telah penuh atau sesuatu kejadian telah berlaku kepada RBW asal seperti kebakaran, kehadiran musuh dan lain-lain. Untuk makluman tuan, sifat sosial semulajadi adalah hidup secara berkumpulan dan kami suka tinggal berdekatan dengan ibu-bapa, saudara serta kaum kerabat kami. Sekiranya tuan dapat menyediakan keaadan bau yang sesuai(bau tahi burung walet), tuan telah melepasi ujian pertama.


2. Pintu Keluar/Masuk
Tak kisahla saiz pintu keluar/masuk kami asalkan kami boleh bebas terbang keluar dan terbang masuk. Terdapat juga sesetengah dari tuan yang cuba mengurangkan kadar cahaya masuk ke kawasan tempat bersarang dengan memasang dinding kayu dan sebagainya sehingga ia terlalu dekat dengan pintu keluar/masuk. Keadaan sebegini amat menyusahkan kami untuk terbang ke dalam RBW .
Terdapat pelbagai jenis pintu keluar/masuk seperti jenis 'dog kennel' (menara), pintu terjun dan sebagainya. Cubalah bayangkan tuan berada pada kedudukan kami, bagaimana hendak melalui pintu keluar/masuks ini. Kelajuan penerbangan kami boleh mencapai 300 km sejam, jika berlaku kemalangan memang boleh membawa kematian. Tiada brek disk atau brek tangan untuk digunakan. Oleh itu saiz pintu keluar/masuk yang sesuai untuk kami membuat pusingan dengan selamat adalah amat penting. Sekiranya tuan dapat menyediakan pintu keluar/masuk yang bersesuaian, tuan telah berjaya melepasi ujian kedua.


3. Suara Panggilan Burung

Kami hidup secara koloni serta berkumpulan. Kami merasa amat selesa dan selamat jika berada dalam persekitaran yang dipenuhi oleh spesis kami. Oleh itu, tuan mestilah mempunyai suara burung walet yang jelas serta mengambarkan persekitaran  yang banyak kehadiran kami. Jangan gunakan suara solo burung walet. Kami tahu tuan gunakan suara tiruan yang dimainkan, tak pa kami tak kisah.  Asalkan kami selesa dan selamat. Sebab itu kalau tuan dapat lihat kami membina sarang berdekatan dengan tweeter. Jadi perbanyakkan pasang tweeter dalaman ditempat yang bersesuaian untuk kami. 
Untuk makluman tuan, suara luar/panggilan adalah untuk memberi satu alat promosi untuk sesatu RBW, macam ni la "Hei disini ada satu RBW, kemarilah datang melawat dan menginap". Kami hanya memerlukan suara burung yang SAMA dengan suara burung jenis kami. Tak perlu suara jenis rock, jazz, echo dan sebagainya hanyalah suara tulen semulajadi spesis kami.


4. Papan Pembiakan
Kami menyukai papan pembiakan yang tiada bau dan sederhana kekerasan untuk kami bergayut. Banyak garis lorek lagi baik. Ketebalan 1 inci dan lebar 6 - 8 inci. Tak semestinya dari jenis meranti jika tiada. Tiada meranti dalam gua tempat asal kami. Lekatkan rapat-rapat pada siling, kami lebih rasa selesa dan selamat. Jika tuan perbanyakkan tempat-tempat bergayut untuk kawan-kawan kami juga lebih baik.Ini adalah ujian ke-4.


5. Suhu
Pastikan RBW tuan suhu antara 27 - 30 darjah celcius. Dengan suhu sebegini  bulu-bulu kami takan jatuh semasa kami membina sarang. Kualiti sarang kami juga baik dari segi bentuk, saiz dan kelembutannya. 
Seharian kami berpanas di udara, jadi kami perlu balik berehat ditempat yang sejuk dan sesuai.Kalaulah tempat rehat suhu seperti dalam oven , tuan fikirkanlah bagaimana.  Ini ujian ke-5.


6. Kelembapan
Kelembapan antara 80-95% adalah ideal. Anak-anak kami di dalam sarang berasa selesa, kulit mereka tidak akan terlalu kering dan mereka juga tidak cepat merasa dahaga. Keadaan ini membolehkan kami megembara mencari makanan lebih lama tanpa perlu kembali ke sarang setiap 3 ke 4 jam sekali. Dalam kelembapan ini juga sarang kami akan menjadi lebih berkualiti tidak menjadi kering dan rapuh. Situasi ini juga dapat membantu mengurangkan suhu dalaman RBW. Ini merupakan ujian ke 6.



7. Kegelapan
Kegelapan dalam RBW membuatkan kami merasa selamat. Jadikanlah RBW tuan segelap yang mungkin. Cahaya dari pintu keluar/masuk kami itu tidak menjadi masalah asalkan kawasan tempat kami tidur (papan pembiakan) gelap.Darkness makes us feel safe. We recommend you to make it as dark as possible. Kami berharap lulus ujian ke 7 ini.


8. Pemangsa
Kami tidak suka diburu dan dijadikan bahan buruan. Anak-anak kami adalah keutamaan kami, jika mereka diganggu kami akan tidak selesa untuk hidup di dalam RBW. Jika RBW tuan mempunyai pemangsa dan mereka mencederakan dan menganggu anak-anak kami maka RBW tuan akan kami tinggalkan selama-lamanya. Oleh itu, pastikanlah RBW tuan bebas pemangsa dan tuan berjaya melepasi ujian ke 8.


9. Lokasi
RBW kegemaran kami adalah di kawasan tumbuhan. Hutan yang mengandungi banyak kayu-kayu, pokok, sungai, aliran air dan lain-lain merupakan kawasan yang sangat ideal bagi kami. Kawasan air seelok-eloknya tidak jauh dari RBW sebagai keperluan kami untuk bermain, mandi dan minum. Jika RBW tuan dibina di kawasan sebegini peluang untuk kami ramai menetap adalah sangat tinggi.


10. Saiz RBW
Saiz bangunan RBW tidaklah terlalu penting bagi kami, dimana rekabentuk RBW dan ujian-ujian tersebut di atas lebih mustahak tuan penuhi. Tuan wajib memenuhi 9 kriteria tersebut di atas untuk memstikan kami dapat tinggal dalam RBW tuan. RBW yang bersaiz kecil bukanlah satu kekurangan asalkan tuan menjadikan saiz dalamannya cukup untuk kami terbang dengan selesa. Iaitu kami dapat pusing ke kiri dan ke kanan, menjunam dan terbang ke atas dengan mudah dan bebas. Tuan melepasi ujian ke 10, jika dapat menyediakan saiz RBW sebegini.


Kami telah memaklumkan apa yang diperlukan.Jika tuan berjaya melepasi 10 ujian ini, tuan telah berada di landasan yang betul. Pada hari pertama tuan mula memasang suara memanggil kami, perasan tuan bercampur baur iaitu gembira apabila melihat kami datang melayang-layang di pintu keluar masuk RBW. Juga perasaan risau dan stress bila tiada antara kami berterbangan di pintu keluar/masuk RBW. Tuan jangan bimbang, semak kembali samada 10 ujian di atas telah dilepasi dan tuan perlu memberi kami masa untuk melawat serta memeriksa keadaan RBW. Jika keadaan RBW baik kami akan tinggal di dalamnya dan tuan akan melihat tanda-tanda sarang kami pada bila-bila masa. Pada masa itu hanya senyuman terukir di bibir tuan.

Semoga berjaya buat manusia pemilik RBW...


Thursday, February 10, 2011

Konsep Pemasangan Tweeter Dalam Rumah Burung Walet

Penggunaan suara burung walet yang berkualiti dan jenis yang baik adalah kunci utama yang menentukan kejayaan sesebuah rumah burung walet itu. Walaupun burung walet merupakan hidup secara liar di dalam habitatnya, ia masih boleh 'dijinakkan'  dengan menggunakan suara walet yang tertentu.




Walet akan memberi respon kepada suara tertentu  seperti suara mengawan. Terdapat pelbagai cara boleh digunakan untuk memainkan suara burung walet. Misalnya cara 1, suara panggilan (suara luar) boleh dimainkan pada jangkamasa antara 6.30 pagi sehiangga 7.30 petang jam sehari tanpa henti.





Cara 2, suara luar boleh dimainkan antara 6.30 pagi sehingga 11.00 pagi, dan bersambung pada 3.00 pagi sehingga 7.30 petang. Kebanyakan pemilik rumah burung menggunakan cara ini. Tweeter dipasang pada bahagian bucu (corner) terutamanya kerana kebiasaanya walet remaja yang yang datang meninjau suara. Bahagian bucu merupakan bahagian yang paling disukai burung walet. Walet remaja amat suka membina sarang di bahagian bucu (corner)  kerana ia merasa lebih terasa dilindungi dan selamat. Setelah sarang burung walet dikutip di bahagian bucu(corner), bahagian ini boleh ditutup menggunakan kayu penutup, cement boardin dan lain-lain.

Untuk mencapai kesan suara walet serta sebarannya merangkumi keseluruhan bangunan, kabel yang bermutu perlu dipilih dan juga tempat tweeter dipasang. Saiz kabel adalah minima berdiameter 0.5 mm keatas.

Aspek sudut tweeter dipasang juga perlu dititikberatkan. Perlu dielakkan pemasangan tweeter menghadap 90 darjah antara satu sama lain. Ini menyebabkan pertembungan gelombang suara yang boleh mengakibatkan burung walet konfius dan tidak dapat menentukan dari mana sumber suara yang dimainkan. Kedudukan tweeter sepatutnya menghadap ke arah pintu masuk setiap bilik dan pintu antara lantai.

Tuesday, February 8, 2011

BURUNG WALET..


Burung Walet/Layang-Layang gua merupakan burung pemakan serangga yang bersifat aerial dan suka meluncur. Burung ini berwarna gelap, terbangnya cepat dengan ukuran tubuh sedang / kecil, dan memiliki sayap berbentuk sabit yang sempit dan runcing, kakinya sangat kecil begitu juga paruhnya dan jenis burung ini tidak pernah hinggap di pohon. Burung walet mempunyai kebiasaan berdiam di gua-gua atau rumah-rumah yang cukup lembab, remang-remang sampai gelap dan menggunakan langit-langit untuk menempelkan sarang sebagai tempat beristirahat dan berbiak.Hasil dari perternakan walet ini adalah sarangnya yang terbuat dari air liurnya (saliva).







Klasifikasi burung walet adalah sebagai berikut:

Superorder : Apomorphae
Order : Apodiformes
Family : Apodidae
Sub Family : Apodenae
Tribes : Collacaliin
iGenera : Collacalia
Species : Collacaliafuciphaga


Ramai tidak mengetahui burung walet/layang-layang gua berbeza dengan burung layang-layang biasa. Walaupun fizikalnya hampir sama, tetapi burung layang-layang biasa membuat sarang dengan bahan seperti rumput atau daun.

Sarang walet ini selain mempunyai harga yang tinggi, juga dapat bermanfaat bagi dunia kesihatan. Sarang walet berguna untuk menyembuhkan paru-paru, panas dalam, melancarkan peredaran darah dan penambah tenaga. Sifat-sifat yang ada pada sarang burung adalah rasa manis, lembut dan sesuai untuk penyakit yang berkaitan paru-paru, perut dan hati. Fungsi sarang burung menghasilkan yin untuk mengurangkan kekeringan, menghasilkan tenaga dan menguatkan fungsi SPLEEN perut.

Harga sarang burung putih yang belum diproses boleh dijual pada harga RM4500 hingga RM6000 sekilogram.

Pengusaha sarang burung walet menggelar sarang unggas itu sebagai ‘emas putih’ kerana nilainya tinggi dalam pasaran tempatan dan antarabangsa.

Sarang burung dipercayai kaya dengan kalsium, zat besi, potasium, dan magnesium yang amat berguna kepada kesihatan.


Terdapat pelbagai cara untuk menyediakan sarang burung ini dan ia bergantung kepada citarasa masing-masing.

Sarang burung walet mempunyai pelbagai khasiat untuk membantu menjaga kesihatan seperti awet muda dan kecergasan.

Penggunaan sarang burung ini untuk mengubat masalah penghadaman, tuberculosis, batuk, phlegm-dyspnea (kesusahan bernafas), asma, hemotysis (batuk berdarah), hematoma (penyakit berkaitan sel-sel darah), prolonged dysentery, demam malaria yang kronik, dysphagia (masalah menelan), lemah secara umum, batuk kering, batuk berdarah, muntah darah, berpeluh malam, masalah dada, dahaga dan lain-lain lagi.Juga masalah kurus, kurang selera makan , masalah perut berpunca dari sakit berpanjangan.


Industri Sarang Burung Layang-Layang gua hari ini telah mencetuskan satu lagi industri yang berpotensi besar bagi semua usahawan untuk merealisasikan kehidupan mewah selain dari bidang-bidang perniagaan yang lain.
Sebagai contoh, sebanyak 8,000 ekor burung walet boleh menghasilkan keuntungan RM120,000 sebulan.

Akan tetapi ianya amat berkurangan di kalangan usahawan bumiputra kerana itulah industri ini disifatkan sebagai industri yang dirahsiakan, ianya telah lama dimonopoli oleh usahawan bukan bumiputra yang melihat potensi kekayaan yang wujud dari bidang ini, mereka sanggup mengeluarkan modal jutaan ringgit untuk dilaburkan.