Thursday, September 15, 2011

China Tidak Larang Import Sarang Burung Malaysia

PUTRAJAYA, 9 Ogos 2011  – Pejabat Kaunselor Pertanian Malaysia di Beijing mengesahkan kerajaan China tidak pernah mengenakan larangan pengimportan sarang burung dari Malaysia.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Chua Tee Yong berkata, apa yang berlaku adalah sesetengah sampel sarang burung yang diimport dari Malaysia ditolak oleh China kerana gagal mematuhi standard yang ditetapkan negara berkenaan.

“China merupakan pasaran terbesar bagi produk sarang burung kerana penduduk di negara itu percaya dengan manfaat herba dan Malaysia merupakan satu daripada hanya dua negara di Asia Tenggara yang dibenarkan mengeksport produk sarang burung ke China.

“Hasil ujian sampel ke atas sarang burung yang diimport dari Malaysia menunjukkan bahawa sesetengah sampel tidak mematuhi sifar nitrit tetapi kerajaan China tidak melarang pengimportan sarang burung dari Malaysia,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Tee Yong berkata,  penerimaan tahap nitrit dalam sarang burung di China adalah ‘sifar’ tetapi di Malaysia, ia adalah 30 bahagian per juta (ppm), yang berdasarkan kepada MS2334: spesifikasi sarang burung yang boleh dimakan 2010 (EBN) dan selari dengan Peraturan Makanan 1985 manakala standard yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ialah 34ppm.

Atas sebab itu, kata beliau, cuma lima hingga enam pengeluar sarang burung di Malaysia mematuhi sifar nitrit manakala kebanyakan pengeluar hanya dapat mematuhi di bawah 10ppm.

Menurutnya, kerajaan China mengenakan ujian yang ketat ke atas sarang burung yang diimport berikutan sarang burung tiruan dengan ppm yang tinggi di pasaran.

Justeru, katanya, kementerian akan mengadakan mesyuarat dengan Kaunselor Perdagangan China di Malaysia bagi membincangkan isu itu dalam usaha mencari jalan penyelesaian terbaik secepat mungkin bagi mengelakkan ia menjejaskan pengeksport terutama mereka yang tidak dapat mematuhi tahap sifar nitrit.


Isu walet: Kementerian Pertanian tidak pernah lantik wakil


PUTRAJAYA 16 Ogos - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani tidak pernah melantik mana-mana syarikat luar untuk menjadi wakil kerajaan dalam memberi penerangan mengenai masalah eksport burung walet tempatan ke China.

Menterinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, pihaknya langsung tidak tahu-menahu mengenai pelantikan syarikat luar untuk memberi sebarang penerangan berkaitan isu tersebut.

Sehubungan itu, beliau berkata, siasatan akan dijalankan untuk mengenal pasti masalah tersebut bagi mengelakkan berlakunya kekeliruan.

"Masalah larangan itu timbul disebabkan tindakan segelintir pengusaha tempatan yang mengeksport sarang burung walet yang tidak berkualiti secara rahsia ke China.

"Sarang burung walet yang akan dieksport ke luar negara sepatutnya mempunyai sijil Tanda Kesihatan Veterinar (VHM) daripada pihak kementerian bagi memastikan ia melepasi piawaian kandungan nitrat yang ditetapkan," katanya.

Beliau diminta mengulas perkara itu selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) dengan Institut Skill-tech (IST) di sini, hari ini.

Baru-baru ini, media melaporkan mengenai tindakan China melarang kemasukan eksport sarang burung walet ke negara Tembok Besar itu.

Terdahulu, majlis itu turut menyaksikan MoU mengenai pelaksanaan sekolah pemasaran di antara Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan NATC.

Noh berkata, beliau dan wakil kementerian akan ke Shanghai untuk memperjelaskan isu tersebut dan membuat pertemuan bilateral mengenai perkara itu pada awal bulan depan.

Sementara itu, beliau berkata, MoU antara NATC, FAMA dan LPP adalah persefahaman bagi menggunakan Institut Pengurusan Peladang (IPP) di Sungai Petani, Kedah sebagai sekolah pemasaran melalui strategi laut biru.

"Melalui konsep persefahaman ini, NATC akan membiayai kos latihan kemahiran pertanian, FAMA pula menyumbang tenaga pakar dan IPP melalui LPP akan membenarkan bangunannya digunakan sebagai sekolah pemasaran.

"Sekolah pemasaran ini bakal memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai latihan aspek pengurusan perniagaan dan pemasaran produk pertanian serta industri asas tani," katanya.

Beliau menjelaskan, buat permulaan sekolah pemasaran itu telah menerima 53 pelatih bagi pengambilan pertamanya Jun lalu.

Tuesday, September 13, 2011

Khasiat Sarang Burung Walet


Sejak dulu lagi, khasiat sarang-sarang burung layang-layang atau walet didapati mempunyai dua nilai pemakanan tinggi yang sangat unik dan aktif iaitu faktor stimulasi mikrogenik. Kedua-dua faktor itu membantu merangsang sel dan penghasilan semula struktur sel badan, serta dikatakan menjadi punca utama penghasilan kulit yang muda, lembut, licin dan halus.

Selain membekalkan kecantikan pada kulit, sarang burung itu juga membuktikan ia sangat berkhasiat kerana mengandungi bahan yang boleh memberikan tenaga dan pemulihan dalaman, khasnya melancarkan sistem aliran darah dengan lebih lancar.
Penyelidikan saintifik moden mendapati ia mengandungi mineral kepekatan tinggi, protein aktif serta protein gelatin, sekali gus menjadikan ia produk kesihatan semula jadi yang tulen sekali gus bagus untuk semua peringkat usia.


Fakta saintifik sarang burung walet
  • Mengandungi 60% protein (protein larut air & protein aktif).
  • Tterdiri daripada 18 jenis asid amino penting, vitamin, serat, karbohidrat, kalsium, zat besi, kalium,fosforus & magnesium.
  • Bahan yang paling penting ialah faktor perangsang mitogen-MSF dan faktor pertumbuhan epidermis-EGF yang dikenali sebagai “Gen Kecantikan”.

Pengambilan sarang burung dalam jangka panjang adalah ketahanan terbaik terhadap penuaan, manakala unsur protein aktif dalam sarang burung turut merangsang pembesaran sel dalam sistem imunisasi, lantas menguatkan imuniti badan dalam melawan penyakit.

Sarang burung juga sesuai bagi wanita hamil kerana ia memberi faedah kepada ibu dan bayi. Ini amat jelas berikutan bayi yang dilahirkan akan memiliki kulit yang sangat cerah lagi halus, serta fungsi badan lebih kuat berbanding bayi lain dan ibu juga pulih lebih cepat selepas melahirkan.

Secara lazimnya, manfaat sarang burung itu boleh dinikmati melalui hidangan yang disediakan, bergantung kepada cita rasa tersendiri untuk menambahkan kenikmatan ketika menjamu. Bagaimanapun ia memerlukan kos yang tinggi untuk setiap pengambilan.


Kandungan Kimia Sarang Burung 
( Sumber daripada Dr. Lim Chan Koon (2002), Swiftlets of Borneo )
  • 9% moisture
  • 20% inorganic ash
  • 32.3% protein (Glycoprotein & 17 types amino acids)
  • 38.7% carbohydrate (sialic acid, hexosamines, hexoses, deoxyexose).

Manfaat sarang burung layang-layang ( Walet )


# Kajian perubatan Cina di Beijing mendapati sarang burung walet menjadikannya agen pemutihan kulit dan juga baik untuk kesihatan mata. Bagi penghidap asma, ia juga menjadi agen terbaik memulihkan sistem pernafasan dan memperkuatkan paru-paru. Hasil daripada eksperimen dan penelitian menunjukkan bahawa sarang burung bermanfaat sebagai:

# Zat kolagen yang terkandung dalam setiap sarang burung walet dapat melancarkan pembuluh darah, meningkatkan nafsu makan serta memperbaiki saluran pencernaan.

# Sarang burung walet dapat mengurangkan kahak dan menyembuhkan batuk. Ini juga adalah nutrisi yang bagus untuk paru-paru dan menguatkan saluran pernafasan.

# Pengambilan sarang burung walet ketika kehamilan dapat mengurangi rasa sakit pada punggung, memperkuat paru-paru bayi yang dikandung. Juga dapat mempercepat proses penyembuhan setelah melahirkan.

# Untuk wanita, pemakanan secara teratur dapat meningkatkan daya metabolisme, memperbaiki kulit serta melambatkan proses penuaan.

# Untuk orang tua, pemakanan secara teratur dapat menguatkan urat dan tulang serta meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit.

# Untuk kanak-kanak, sarang burung berkenaan dapat membesarkan daya serap nutrisi yang ada pada setiap makanan dan memperkuatkan paru-paru.

# Dipilih sebagai makanan yang amat baik kepada para perokok selain dapat mengurangkan kesan yang ditimbulkan daripada nikotin dan mencegah serangan barah.